↑ Top

MyStats Day 2020

United Nations General Assembly (UNGA) telah mengisytiharkan Hari Statistik Sedunia disambut pada 20 Oktober 2010. Seterusnya, Hari Statistik Sedunia Kedua disambut pada 20 Oktober 2015 dan diraikan setiap lima tahun pada 20 Oktober. Sambutan Hari Statistik Sedunia di Malaysia telah disambut mulai 2010 dengan mengadakan aktiviti yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Buat julung kalinya pada tahun 2017, Hari Statistik Negara telah diisytiharkan dan disambut secara tahunan pada setiap 20 Oktober bermula 20 Oktober 2017. 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengadakan sambutan MyStats Day pada tahun 2017, 2018 dan 2019 dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun tersebut. Sambutan pada tahun 2019 telah disambut bersekali dengan sambutan 70 tahun keberadaan DOSM selaku penjana statistik rasmi negara.

Sambutan Hari Statistik Negara (MyStats Day) 2020 sangat bermakna kerana ianya akan disambut bersekali dengan Hari Statistik Sedunia (World Statistics Day) pada 20 Oktober 2020. Bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut, 51st United Nations Statistics Commission (UNSC) telah memuktamadkan logo yang baharu dan memilih slogan “Connecting The World With Data We Can Trust” sebagai tema sambutan pada kali ini.