↑ Atas
Warga DOSM
Responden
Awam
Selasa, 21 Mei 2024|
Pada 2015, Harta Tetap untuk Pembuatan adalah RM335.7 bilion
Pada 2017 terdapat 2,214,883 pekerja terlibat dengan Pembuatan
Nilai output kasar meningkat sebanyak 5.7 peratus setahun kepada RM1,275.8 bilion pada tahun 2017

Statistik Ekonomi Tahunan (AES) Pembuatan, 2022

Tarikh Siaran : Khamis 23, Mac 2023 1200

 

Pengenalan

Laporan ini membentangkan statistik sektor Pembuatan yang diperoleh daripada Survei Ekonomi Tahunan 2022 bagi tahun rujukan 2021. Statistik utama terdiri daripada output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dibayar dan nilai harta tetap.


Prestasi Sektor Pembuatan

Sektor Pembuatan menunjukkan prestasi positif pada 2021 dengan merekodkan pertumbuhan kukuh bagi output kasar sebanyak 17.4 peratus kepada RM1,609.3 bilion berbanding RM1,371.1 bilion pada 2020. Selari dengan pengembangan output kasar, input perantaraan meningkat 18.2 peratus dengan nilai RM1,254.2 bilion. Seterusnya, nilai ditambah pulih kepada 14.6 peratus daripada negatif 2.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan merekodkan RM355.1 bilion pada 2021. Melihat kepada bilangan pekerja di sektor Pembuatan, meningkat 2.5 peratus dengan jumlah pekerja 2.3 juta orang berbanding 2.2 juta orang pada tahun sebelumnya. Pada masa yang sama, gaji & upah yang dibayar meningkat 3.3 peratus dengan mencatatkan RM89.5 bilion (2020: RM86.7 bilion).

 

Penerbitan ini boleh dimuat turun melalui Portal eStatistik

 

Dikeluarkan oleh:

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
23 Mac 2023 

 

Pegawai dihubungi:

Baharudin Mohamad 
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : baharudin@dosm.gov.my

Artikel Terdahulu :