↑ Atas
Warga DOSM
Responden
Awam
Selasa, 21 Mei 2024|
2017, Output kasar sektor Perkhidmatan Hartanah adalah RM32.8 bil.
2017, pekerja di dalam sektor penginapan adalah 139,410 orang
Jumlah pendapatan sektor perdagangan borong dan runcit adalah RM1,321.7 bilion pada 2018

Statistik Ekonomi Tahunan (AES) Perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi, 2022

Tarikh Siaran : Rabu 01, Mac 2023 1200

 

Perkhidmatan Maklumat dan komunikasi mencatatkan nilai output kasar sebanyak RM182.2 bilion pada tahun 2021, mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus berbanding 2020 (RM172.9 bilion). Selaras dengan pertumbuhan nilai output kasar, nilai input perantaraan turut meningkat sebanyak RM4.6 bilion untuk mencatatkan RM87.4 billion (2020: RM82.9 bilion), seterusnya menghasilkan nilai ditambah sebanyak RM94.8 bilion pada tahun 2021 (2020: RM90.0 bilion). Bilangan pekerja di subsektor ini juga melaporkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus kepada 241,711 orang berbanding 236,372 orang pada tahun 2020. Sementara itu, jumlah gaji & upah yang dibayar pada tahun 2021 adalah RM14.8 bilion berbanding R M 1 4 . 4 bilion pada tahun 2020. Nilai   harta   tetap   juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.2 bilion yang mencatatkan RM107.0 bilion pada tahun 2021 (2020: RM104.8 billion).

Nilai output kasar perkhidmatan maklumat dan komunikasi meningkat 5.4 peratus kepada RM182.2 bilion. Perkhidmatan telekomunikasi merupakan penyumbang utama dengan nilai output kasar sebanyak RM118.0 bilion atau 64.8 peratus sumbangan diikuti dengan aktiviti pengaturcaraan komputer, perundingan & aktiviti yang berkaitan sebanyak RM39.3 bilion (21.6%) dan aktiviti pemprograman & penyiaran sebanyak RM9.3 bilion (5.1%). Sumbangan ketiga-tiga aktiviti ini merekodkan 91.5 peratus kepada nilai output kasar perkhidmatan Maklumat dan komunikasi. Aktiviti lain yang turut menyumbang ialah penerbitan, perkhidmatan maklumat dan penerbitan wayang gambar, video & program televisyen rakaman bunyi & penerbitan muzik yang berjumlah RM15.6 bilion.

W.P. Kuala Lumpur kekal sebagai penyumbang utama nilai output kasar bagi perkhidmatan Maklumat dan komunikasi pada tahun 2021 dengan nilai RM120.6 bilion iaitu 66.2 peratus  sumbangan.  Ini  diikuti  oleh  Selangor  dan  Pulau  Pinang  dengan  nilai  output  kasar  masing-masing sebanyak RM53.2 billion atau 29.2 peratus sumbangan dan RM5.1 billion (2.8%). Nilai sumbangan ketiga-tiga negeri ini adalah RM178.9 bilion (98.2%). 

Nilai ditambah perkhidmatan Maklumat dan komunikasi pada tahun 2021 yang dicatatkan adalah sebanyak RM94.8 bilion atau meningkat sebanyak 5.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perkhidmatan telekomunikasi merekodkan nilai ditambah tertinggi pada tahun 2021 sebanyak RM67.6 bilion atau 71.3 peratus sumbangan. Ini   diikuti   aktiviti  pengaturcaraan  komputer,  perundingan  &  aktiviti  yang  berkaitan  sebanyak RM16.4 bilion (17.4%)   dan   aktiviti   pemprograman   &  penyiaran  sebanyak  RM3.5 bilion (3.7%). 

Prestasi nilai ditambah mengikut negeri pada tahun 2021 menunjukkan tiga negeri iaitu W.P. Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang sebagai penyumbang utama nilai ditambah perkhidmatan Maklumat dan komunikasi. W.P. Kuala Lumpur kekal sebagai penyumbang utama kepada nilai keluaran kasar bagi perkhidmatan Maklumat dan komunikasi pada 2021 mencatatkan nilai ditambah tertinggi iaitu RM64.7 bilion dengan sumbangan sebanyak 68.2 peratus.    Ini diikuti   oleh   Selangor   dan   Pulau   Pinang   masing - masing   sebanyak  RM26.0 bilion (27.4%) dan RM2.4 bilion (2.5%). Nilai sumbangan ketiga-tiga negeri ini adalah RM93.1 bilion (98.1%).

Aktiviti    pengaturcaraan   komputer,  perundingan  &  aktiviti  yang   berkaitan   merekodkan   bilangan   pekerja tertinggi  iaitu  122,863  orang atau 50.8 peratus sumbangan.  Penyumbang  kedua  tertinggi  adalah  perkhidmatan  telekomunikasi  dengan  63,907  orang  atau  26.4  peratus  sumbangan, diikuti perkhidmatan maklumat 17,644 orang atau 7.3 peratus sumbangan. Tiga aktiviti ini menyumbang bilangan pekerja tertinggi (84.5%) kepada jumlah bilangan pekerja dalam perkhidmatan Maklumat dan komunikasi pada tahun 2021.

Pekerja bergaji sepenuh masa merekodkan sejumlah 239,318 orang dengan sumbangan 99.0 peratus berbanding pekerja bergaji sambilan 1,729 orang atau 0.7 peratus sumbangan, dan pemilik yang bekerja & pekerja keluarga tanpa gaji (664 orang; 0.3%). Berdasarkan jumlah keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa, kategori pengurus, profesional dan penyelidik merekodkan bilangan pekerja yang tertinggi (84,398 orang; 35.3%), diikuti oleh pekeranian dan pekerjaan yang berkaitan (79,502 orang; 33.2%), juruteknik dan profesional bersekutu (49,610 orang; 20.7%) dan pekerja asas (25,808 orang; 10.6%).

Jumlah    gaji    &    upah    yang    dibayar    dalam    perkhidmatan    Maklumat    dan    komunikasi    pada    tahun    2021    adalah   sebanyak    RM14.8   bilion. Pengaturcaraan komputer, perundingan & aktiviti yang berkaitan merekodkan gaji & upah tertinggi iaitu RM6.2 bilion atau 41.8 peratus daripada keseluruhan gaji & upah yang dibayar. Penyumbang kedua tertinggi adalah perkhidmatan telekomunikasi dengan RM5.7 bilion atau 38.3 peratus sumbangan diikuti dengan perkhidmatan maklumat RM1.0 bilion atau 7.0 peratus sumbangan. Sumbangan gaji & upah yang dibayar bagi ketiga-tiga aktiviti ini kepada perkhidmatan Maklumat dan komunikasi secara kolektif ialah RM12.9 bilion (87.1%). Secara purata, gaji & upah yang diterima oleh pekerja dalam perkhidmatan Maklumat dan komunikasi adalah sebanyak RM5,119 sebulan.

Penerbitan ini boleh dimuat turun melalui Portal eStatistik

 

Dikeluarkan oleh:

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
1 Mac 2023 

 

Pegawai dihubungi:

Baharudin Mohamad 
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : baharudin[at]dosm.gov.my

Artikel Terdahulu :