↑ Atas
Warga DOSM
Responden
Awam
Selasa, 21 Mei 2024|
2017, Output kasar sektor Perkhidmatan Hartanah adalah RM32.8 bil.
2017, pekerja di dalam sektor penginapan adalah 139,410 orang
Jumlah pendapatan sektor perdagangan borong dan runcit adalah RM1,321.7 bilion pada 2018

Output Kasar Perkhidmatan Penginapan mencapai RM13.9 bilion pada tahun 2015

Tarikh Siaran : Isnin 31, Julai 2017 1200

 

PENGENALAN

Penerbitan ini membentangkan perangkaan bagi perkhidmatan penginapan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2016 bagi tahun rujukan 2015. Perkhidmatan penginapan merangkumi hotel (termasuk hotel resort), hotel apartmen, hotel bajet, chalet, rumah rehat, rumah tetamu, asrama, bed & breakfast dan tapak perkhemahan.

 

PRESTASI PERKHIDMATAN PENGINAPAN

Penemuan banci menunjukkan jumlah pertubuhan penginapan telah meningkat kepada 4,377 berbanding 3,129 pertubuhan pada tahun 2010. Ini merupakan peningkatan tahunan sebanyak 6.9 peratus.

Nilai output kasar yang dihasilkan bagi perkhidmatan ini berjumlah RM13.9 bilion berbanding RM9.8 bilion pada tahun 2010. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 7.2 peratus setahun. Selari dengan nilai output kasar, nilai ditambah merekodkan pertumbuhan 7.2 peratus setahun dengan nilai sebanyak RM7.9 billion.

Bilangan pekerja bagi perkhidmatan penginapan adalah seramai 130,675 orang dengan peningkatan tahunan 3.4 peratus berbanding 2010. Perkhidmatan penginapan melibatkan pekerja bergaji sepenuh masa seramai 121,963 orang dengan sumbangan 93.3 peratus. Di samping itu, sejumlah 5,706 orang (4.4%) adalah  pekerja sambilan manakala 3,006 orang (2.3%) adalah pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif dan pekerja keluarga tanpa gaji. Sementara itu, jumlah gaji & upah yang dibayar pada tahun 2015 adalah RM3.0 bilion berbanding RM1.9 bilion pada tahun 2010 dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 9.3 peratus setahun.

           

PERTUBUHAN MILIKAN WANITA

Pada tahun 2015, terdapat 560 pertubuhan milikan wanita bagi perkhidmatan penginapan yang meliputi 12.8 peratus daripada keseluruhan pertubuhan dengan kadar pertumbuhan 5.0 peratus setahun.

 

 

Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
31 Julai 2017 

 

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my