↑ Atas
Warga DOSM
Responden
Awam
Selasa, 21 Mei 2024|
Sektor Pembinaan mencatatkan nilai output kasar sebanyak RM204.4 bilion pada tahun 2017
Nilai output kasar subsektor kejuruteraan awam adalah RM63.7 bilion pada 2017
Pada 2017 seramai 1,330,266 pekerja terlibat dalam sektor pembinaan

Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Keempat 2022

Tarikh Siaran : Rabu 08, Februari 2023 1200

 

SOROTAN PENTING

Prestasi yang memberangsangkan sektor Pembinaan berterusan pada suku keempat 2022 dengan pertumbuhan sebanyak 15.7 peratus, manakala keseluruhan tahun 2022 mencatatkan pemulihan 8.8 peratus selepas dua tahun dalam trend menurun

Nilai kerja pembinaan terus meningkat sebanyak 15.7 peratus pada suku keempat selepas berkembang kukuh sebanyak 23.2 peratus pada suku ketiga 2022. Momentum pertumbuhan pada suku tersebut didorong oleh pertumbuhan dua digit dalam subsektor Kejuruteraan Awam (20.8%); Bangunan bukan kediaman (19.0%); dan Aktiviti pertukangan khas (12.7%). Sementara itu, subsektor Bangunan kediaman meningkat 5.3 peratus berbanding pada setahun yang lalu.

Daripada sejumlah RM32.0 bilion nilai kerja pembinaan yang direkodkan pada suku keempat 2022, sebanyak RM12.1 bilion atau 37.9 peratus adalah dalam Kejuruteraan awam dan diikuti oleh Bangunan bukan kediaman dengan sumbangan sebanyak 30.1 peratus atau berjumlah RM9.6 bilion. Sementara itu, nilai kerja pembinaan bagi Bangunan kediaman dan Aktiviti pertukangan khas masing-masing merangkumi 21.8 peratus dan 10.2 peratus.

Sektor swasta terus menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan sektor Pembinaan pada suku ini yang meningkat sebanyak 23.5 peratus (ST3 2022: 31.8%). Nilai kerja oleh sektor swasta berjumlah RM20.0 bilion atau merangkumi 62.6 peratus daripada jumlah nilai kerja pembinaan. Sementara itu, sektor awam dengan sumbangan sebanyak 37.4 peratus atau bersamaan RM12.0 bilion, meningkat 4.7 peratus pada suku tersebut (ST3 2022: 12.6%).

Lebih 60 peratus daripada nilai kerja pada ST4 2022 tertumpu di Selangor yang berjumlah RM7.7 bilion atau 24.2 peratus; Wilayah Persekutuan (RM4.7 bilion atau 14.7%); Sarawak (RM3.7 bilion atau 11.7%); dan Johor (RM3.4 bilion atau 10.7%).

Merumuskan prestasi sektor Pembinaan bagi tahun 2022, sektor Pembinaan mencatatkan pemulihan sebanyak 8.8 peratus pada tahun 2022 selepas dua tahun dalam trend menurun. Semua subsektor meningkat pada tahun ini dengan pertumbuhan dua digit dicatatkan dalam Aktiviti pertukangan khas (19.6%); dan Bangunan bukan kediaman (18.7%). Pada masa yang sama, subsektor Kejuruteraan awam dan Bangunan kediaman bertukar kepada pertumbuhan positif masing-masing sebanyak 2.7 peratus dan 3.4 peratus. Jumlah nilai kerja pembinaan pada 2022 berjumlah RM121.9 bilion, walau bagaimanapun, ia kekal lebih rendah daripada tempoh pra-pandemik iaitu sebanyak RM146.4 bilion pada 2019. 

Penerbitan penuh Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Keempat 2022 boleh dimuat turun melalui portal eStatistik.
 

Dikeluarkan oleh:

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
8 Februari 2023


Pegawai dihubungi:
Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel: +603-8885 7942
Faks: +603-8888 9248
E-mel: baharudin[at]dosm.gov.my

Artikel Terdahulu :